Hello and welcome to beautiful Template.

Latest Writings

Kaulah Cintaku - Episode 04


     Shah keluar dari keretanya dengan perasaan serba salah. Dia seharusnya sudah sampai di pejabat, namun kejadian yang di luar jangkaannya pula yang muncul. Dia lantas menuju ke arah gadis yang menjadi mangsa percikkan air kotor dari keretanya. Sherina memandang wajah pemuda itu dengan geramnya. Ingin sahaja dia menumbuk pemuda itu ketika itu. Namun riak wajah selamba dan tenang yang pemuda itu tunjukkan kepadanya membuatkan Sherina tenang. "Kenapa marah-marah ni? Sebelumnya, saya minta maaf sebab tidak sengaja mengotorkan baju awak. Awak okey, kan?" Shah membuka bicara. Sherina memandang Shah dengan tatapan yang tajam.

"Tau pun! Sebab itu, lain kali kalau memandu lihat jalan! Jangan sesuka hati nak memecut!" Marah Sherina dengan anak mata yang masih tidak berganjak dari menatap mata Shah. Shah diam. "Saya dah minta maaf. Awak ni nak apa sebenarnya, hah? Minta maaf tak cukup lagi kah?" Balas Shah dengan dahi yang berkerut. Sherina tersentak. 'Kurang ajar punya lelaki!' Sherina mengomel dalam hatinya. "Awak boleh tak belajar menghargai orang? Awak tu orang berpelajaran, seharusnya tahu bagaimana untuk bertindak setelah melakukan kesalahan, apatah lagi kepada orang lain! Faham apa yang mereka rasakan!" Balas Sherina dengan panjang lebar. Shah mulai panas.

"Heh, aku masih banyak kerja yang lebih penting dari ini yang perlu aku lakukan! Buang masa aje. Aku dah minta maaflah! Masih tak cukup lagi? Awak tahu tak, masih banyak lagi orang yang hidupnya lebih menderita dari ini. Jadi, jangan berlagak pandai kalau bercakap!" Balas Shah yang cuba mengawal perasaan marahnya. Sherina benar-benar terkejut. Dengan marahnya Sherina menampar Shah. Shah pula yang terkejut kali ini. Sungguh dia tidak menyangka malang menimpanya pagi itu. "Lain kali cuba belajar sopan sikit! Buang masa aje bercakap dengan orang yang tak pernah belajar bersopan-santun!" Balas Sherina lantas beredar dari situ. Shah diam tanpa kata. 'Berani perempuan ini.' Bisik hati kecil Shah.

* * * * *
     Tiara sedang menonton tv di ruang tamu. Sherina masuk ke dalam rumah dengan marah. Namun cuba disabarkannya. Dia ingin melupakan kejadian tadi. Tiara yang sedar kehadiran Sherina lantas tersenyum sinis. 'Kamu fikir aku takut dengan sikap kamu yang berani? Jangan mimpilah!' Desis hati kecil Tiara yang penuh kebencian. "Wah, tuan puteri balik dari mana ni? Menjijikkan betullah! Eiii ... kotor!" Sindir Tiara dengan gelak tawanya. Sherina menghentikan langkahnya. Dia lantas menuju ke arah Tiara. 

"Eh, ada 'Queen Of Evil' plak kat sini! Setan boleh tonton tv ker? Siaran apa yang setan punya ek? 'Hell Tv'?" Balas Sherina dengan sindiran yang di luar jangkaan Tiara. Tiara benar-benar terkejut. "Eh, awak tu baik sangat ker? Jangan nak berlagak baik lah! Teruskan bermimpi! Mimpi yang entah apa!" Balas Tiara. Sindirannya itu belum cukup lagi kalau dibandingkan dengan tamparan Sherina semalam. Dia benar-benar benci dengan saudara tirinya itu, Sherina. "You know what, aku ni lebih bahagia hidup dalam dunia yang penuh dengan mimpi dari dunia yang penuh dengan kebohongan!" Kali ini Tiara tersentak. Kata-kata Sherina memang mengena padanya. Sherina dipandang tajam penuh dengan kebencian. 'Semakin biadap pulak dia ni, kan!' Tiara membebel dalam hatinya. "Memang patut pun!" Sherina tersenyum sinis. Hatinya puas berjaya mengalahkan Tiara. Tiara lantas berdiri di hadapan Sherina. Marahnya sudah di kemuncak. Sherina masih selamba.


Bersambung ... 


0 Comments to “Kaulah Cintaku - Episode 04”

Post a Comment

Terima kasih bnyak2 sebab sudi tinggalkan komen ... hanya komen yang bernas, tidak mengugut, tidak mengutuk sahaja yang diterima!

Harap maklum ...