Hello and welcome to beautiful Template.

Latest Writings

Kaulah Cintaku - Episode 05


     "Kalau bercakap, jaga sikit mulut tu! Jangan sesuka hati nak sebut. Awak ni kan, suka mencari masalah! Berlagak hebat! Ceh!" Balas Tiara sempat lagi menyumpah Sherina. Sherina menyabarkan dirinya kali ini. Kemarahannya mengenai kejadian pagi tadi masih lagi berbekas. "Eh, dahlah tidak bersih! Badan kotor sana sini! Masih sahaja senyum!" Tambah Tiara lagi. Sherina masih mendiamkan diri. "Dah puas? Dah puas nak mengata tentang aku? Aku sarankan, lebih baik kau ni beli cermin mata, cuci mata kau tu bersih-bersih. Siapa yang kotor? Aku atau kau? Aku kotor luaran masih bagus dari kau tu yang kotor dalaman! Memang setan! Tidak punya hati!" Balas Sherina lagi. Dengan selambanya dia membalas ayat Tiara. Tiara semakin geram.  Sherina semakin bijak mengalahkannya. 'Hantu mana pulak merasuk dia ni? isk, tak faham aku!' Hati kecil Tiara berbisik. Dia memang tidak tahu dari mana wujudnya sikap Sherina yang mengejut seperti itu. 

"Nasib baik aku masih bersabar, kalau tak ..." Belum sempat Tiara menghabiskan ayat-ayatnya. Sherina lantas memotong, "Kalau tak apa? Jangan berlagak hebatlah! Dulu memang aku lemah di mata kau dan kebayan mak kau tu, tapi sekarang ... maaf! Aku nak membalas semuanya! Jangan harap korang dapat nak menghina dan menengking aku lagi! Bahkan melihat korang berdua kat rumah ini pun aku tak sudi! Menyemak ajelah!" Balas Sherina dengan serangan yang berhambur-hambur. Tiara kalah lagi. Dia mendiamkan diri. Entah ingin membalas ayat apa untuk Sherina. 

"Biadap!" Marah Tiara. Dia cuba untuk menampar Sherina, namun Sherina menahan pergerakkan tangannya. "Jangan harap tangan kotor awak ni dapat menyentuh aku lagi!" Ujar Sherina dengan geramnya. Dia lantas menolak Tiara. Gadis itu terduduk. "Oppss! Sorry ... " Tambah Sherina lagi lantas beredar dari situ. Hatinya puas dengan kekalahan Tiara. 'Padan muka!' Bisik hati kecil Sherina. Dia benar-benar puas. Namun, segala yang pernah kedua-dua beranak itu pernah lakukan kepadanya tidak dapat menandingi penderitaan yang pernah dia alami.

* * * * *
     Shah diam tanpa kata. Dia duduk jenuh dalam pejabatnya. Entah apa yang difikirkannya. Telefon bimbit di atas meja lantas ditatapnya. 'Mana pulak Tiara ni? Napa dia tak call?' Soal Shah dalam hatinya. Dalam hati, ingin sahaja dia menemui gadis itu untuk menenangkan perasaannya yang bercelaru ketika itu. 'Lebih baik aku call dia. Ajak dia keluar dan lunch sama. Ada juga faedahnya, kan?' Shah menyoal dirinya dalam hati. Tangannya lantas mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Nombor telefon Tiara lantas ditekannya.

"Hello, Tiara! Awak kat mana ni? Napa tak call?" Bertalu-talu soalan yang Shah ajukan kepada Tiara. Tiara mengeluh berat. "Hurm, napa call? Ada problem?" Balas Tiara yang masih marah dengan sikap Sherina sebentar tadi, namun cuba dikawal apabila bercakap dengan Shah. "Napa cakap macam tu? Maaflah, beberapa hari ni aku sibuk dengan tugasan-tugasan di pejabat. Kalau aku ajak awak lunch tengahari ni, boleh?" Ujar Shah. Lama Tiara diam sebelum menjawab. "Yelah yelah!" Balas Tiara dengan nada yang agak keberatan. "Okey" Shah lantas mematikan taliannya. Senyuman diukir indah di bibirnya. 


Bersambung ...

1 Comments to “Kaulah Cintaku - Episode 05”

# Posted by khairul akmal azman (March 5, 2011 at 10:27 PM)

keep it up..nice entry

Post a Comment

Terima kasih bnyak2 sebab sudi tinggalkan komen ... hanya komen yang bernas, tidak mengugut, tidak mengutuk sahaja yang diterima!

Harap maklum ...