Hello and welcome to beautiful Template.

Latest Writings

Kaulah Cintaku - Episode 06


     "Mak, Tiara pergi dulu. Nak lunch dengan Shah kat luar." Tiara memberitahu ibunya. Siti tersenyum. Tiara dipandangnya. "Ingat sayang, seandainya kita kehilangan harta Razif, kita masih ada Shah. Jadi, mak  mau kamu layan Shah baik-baik. Jangan sampai dia hilang dari hidup kita, faham?" Siti membuka bicara memperingatkan anak gadisnya itu. Tiara membalas senyuman ibunya. "Mak jangan risau, Shah tidak akan lepas ke tangan orang lain. Aku akan pastikan dia hanya milik aku." Balas Tiara. "Baguslah kalau begitu." Siti memandang ke arah Sherina yang ingin keluar juga. Dahinya berkerut.

"Eh, Tiara. Lihat tu. Musuh kita dah nak keluar tu." Tambah Siti lagi. Tiara tersentak. "Mak bawa bertenang, kali ini Tiara takkan biarkan dia bermaharajalela! Dia harus diberi pelajaran." Tiara melihat Sherina menuju ke arah pintu utama. "Awak uruskan dia, jangan sampai dia membuatkan kita kehilangan segala-galanya." Tiara dengan yakin melangkahkan kakinya. Sherina yang sedang menyarungkan kasut tumit tingginya dengan sengaja dilanggar Tiara. Sherina terduduk. Tiara tersenyum. Siti yang melihat babak itu turut senyum. "Eh, ini belum ada apa-apa lagi. Aku  boleh menyiksa kamu lebih teruk dari ini!" Ujar Tiara sambil tersenyum sinis. Dagu Sherina dicengkamnya kuat. Sherina belum bersedia waktu itu untuk melawan balik. 

Melihat Tiara yang memperlakukan dia sebegitu, dengan tidak disangkakannya sendiri tangannya yang memegang kasut tumit tinggi itu lantas memukul kaki Tiara. Tiara terduduk. Kakinya kesakitan. Siti benar-benar terkejut. "Sherina!" Jerit Siti lantas menuju ke arah itu. "Awak ni semakin kurang ajar tau tak?" Tengking Siti. Sherina dipandang tajam. Tiara memegang kakinya yang menjadi mangsa pukulan Sherina. "Rasakan!" Balas Sherina lantas berdiri di hadapan Tiara dan Siti. "Eh, kebayan! Jaga anak kau ni baik-baik! Salah ajar mana tak perangai macam setan!" Balas Sherina lantas beredar menuju ke arah keretanya. "Tak guna!" Jerit Tiara dengan geram. Siti masih terkejut dengan tindakan Sherina sebentar tadi.

"Tiara! Awak okey?" Sherina baru sahaja beredar Shah pula baru sampai di hadapan rumah. Siti dan Tiara diam tanpa kata. "Shah..." Suara Tiara perlahan. Siti tersenyum. "Ala ... sikit aje tu. Tahanlah. Jom pergi." Ujar Shah pula setelah melihat tiada apa-apa pada kaki Tiara. Tiara geram. Namun tetap disabarkan setelah melihat Shah. Tiara menggagahkan diri berdiri seperti biasa. Ketinggiannya hampir sama dengan Shah. "Ha ... macam tulah. Tak mau lemah-lemah macam tadi. Takkan orang tersayang bawa makan sama dengan muka masam. Nanti hilang cantik tu." Tambah Shah untuk menenangkan hati Tiara. Tiara dan Siti tersenyum. "Thank you, sayang." Balas Tiara lalu melangkah pergi. Siti gembira melihat adegan itu. "Bagus, nampaknya rezeki dah makin hampir. Aku takkan biarkan Tiara gagal mendapatkan Shah. Kerana dia satu-satunya jaminan untuk aku dan Tiara." Ujar Siti dengan senyuman tamaknya.   


Bersambung ...

1 Comments to “Kaulah Cintaku - Episode 06”

# Posted by uFaa Wangi Sangat Sangat (March 7, 2011 at 3:10 PM)

lama x baca novel... huhu...
wat sendiri??

Post a Comment

Terima kasih bnyak2 sebab sudi tinggalkan komen ... hanya komen yang bernas, tidak mengugut, tidak mengutuk sahaja yang diterima!

Harap maklum ...