Hello and welcome to beautiful Template.

Latest Writings

Kaulah Cintaku - Episode 07


     Alia membaca buku dengan tekun. Bilik kuliah kosong sama sekali. Hanya dia yang ada di dalam bilik itu. Beberapa hari lagi exam semester pertama akan tiba, jadi dia perlu banyak meluangkan masa untuk mengulangkaji. Jam tangannya sudahpun menunjukkan pukul 1.45 tengah hari. 'Mana pula Diddy ni?' Kini Alia mencari gerak-geri lelaki itu. Apa tidaknya, Diddy sudah yang berjanji ingin menemuinya tepat pukul 1.30 tengah hari tapi belum juga dia melihat batang hidung Diddy. Sementara menunggu, Alia meneruskan pembacaannya. Hatinya bertekad, kalau Diddy tidak muncul jugak selepas pukul 2, memang dai akan balik terus. Itu kata hatinya.


"Hai!" Ucap Diddy yang berdiri betul-betul di hadapan mejanya. Alia tersentak. Hilang perhatiannya setelah lelaki itu muncul. Diddy dilihatnya sedang tersenyum lebar. Alia diam tanpa kata. Entah kenapa dia tiba-tiba merasa kaku apabila berhadapan dengan Diddy waktu itu. Diddy dipandangnya tidak berkelip. Diddy mengerutkan dahinya. "Alia? Alia? Awak okey ke ni?" Soal Diddy apabila Alia sudahpun berdiri di hadapannya. Alia sedar dari lamunannya. "Eh, Diddy! Maaf ... aku ... " Belum sempat Alia menghabiskan ayatnya, Diddy lantas memotong, "Tak apa, jom ikut aku. Aku nak perkenalkan kau kepada seseorang." Balas Diddy lantas menarik tangan Alia. Alia tergesa-gesa mengumpulkan buku-bukunya.


* * * * *
Alia mendiamkan diri lagi. Diddy yang sedang memandu kereta dipandangnya. Sempat pula dia memikirkan lelaki di sebelahnya itu. Bertapa dia tahu Diddy itu lelaki yang bagaimana. Sejak di bangku sekolah lagi mereka bersahabat rapat. Melangkah sahaja mereka ke alam dewasa dan belajar bersama-sama di Universiti, Diddy berubah. Alia semakin megenali Diddy yang kini seringkali bertukar-tukar pasangan. Ada yang sampai 3 hari, paling lama perempuan yang menjadi kekasihnya pun hanya sebulan dua. Dan yang menjadi persoalan dalam fikirannya adalah, hanya dia yang sentiasa bersama Diddy walaupun sudah bertahun-tahun lamanya. 

Alia tersenyum melihat riak jejaka di sebelahnya itu. 'Kenapa agaknya ek aku tak dilayan seperti gadis-gadis yang pernah dicintai Diddy? Kenapa hanya aku yang masih kekal bersahabat dengannya sedangkan bertapa banyak sudah kekasih hati yang bersamanya tidak kekal macam aku dan dia?' Berlegar-legar soalan di kotak fikirannya. Alia tersenyum lagi. Diddy memandang sekilas ke arah Alia. Dahinya berkerut lagi. Senyuman Alia menyebabkannya menggelang-gelengkan kepala. "Alia, aku nak tanya kau ni, boleh?" Soal Diddy cuba menyibukkan keadaan yang sedari tadi sunyi sepi. "Tanyalah." Jawab Alia spontan dan ringkas. 

"Harap kau tak tersinggung kalau aku tanya soalan ini." Tambah Diddy lagi kerana dia tahu Alia tidak memiliki yang 'satu' itu. Alia diam seketika. "Maksud awak?" Tanya Alia yang masih tidak faham kata-kata yang dituturkan Diddy sebentar tadi. Diddy menoleh sekilas ke arah Alia. 'Cantik!' Kata hatinya. Diddy pula merasa pelik. Perasaannya yang bukan-bukan mengenai Alia cuba dilupakan. "Erk, maksud aku ... kau ada pasangan hidup tak?" Balas Diddy lancar akhirnya. Alia terkesima. Pergerakannya kaku. Diddy dipandang tajam. Diddy memandu tanpa menoleh ke arah Alia sewaktu dia mengutarakan soalan itu sebentar tadi. Jejaka itu masih menunggu jawapan. "Napa tak jawab?" Soal Diddy lagi. "Erk ... " Kata-kata Alia terhenti di situ. 'Adoi, apa aku nak jawab?' Soal hatinya mulai resah. Diddy ditatapnya lagi.


Bersambung ...

0 Comments to “Kaulah Cintaku - Episode 07”

Post a Comment

Terima kasih bnyak2 sebab sudi tinggalkan komen ... hanya komen yang bernas, tidak mengugut, tidak mengutuk sahaja yang diterima!

Harap maklum ...