Hello and welcome to beautiful Template.

Latest Writings

Kaulah Cintaku - Episode 08


     'Adoi, apa aku nak jawab?' Bisik hati kecil Alia. Diddy ditatapnya pula. Lelaki itu kelihatannya sedang menunggu jawapan dari Alia. Memang kenyataannya dia tidak memiliki mana-mana lelaki sampai sekarang. Hatinya ditutup untuk menerima lelaki. Dia merasakan lebih bahagia apabila bersama Diddy. Baginya, cukuplah hanya Diddy lelaki yang dia kenal. "Kenapa diam? Tak nak bagitau ek?" Diddy cuba meneka beserta senyuman. Alia diam lagi. Entah bagaimana dia ingin menjawab soalan Diddy yang tiba-tiba itu.


"Er ... kau ni. Kenapa tanya? Penting sangat ke?" Soal Alia pula cuba menutup topik yang dibincangkan mereka. Diddy tertawa pula. "Pentinglah! Kau kan kawan baik aku, manalah tahu aku boleh tolong nanti selesaikan masalah cinta kau dengan kekasih kau tu." Balas Diddy cuba memberi sikap prihatin kepada sahabatnya itu. Alia mendiamkan diri. Diddy masih tidak berganjak dari topik yang mereka bincangkan. "Yeker? Terima kasih ajelah ... " Hanya itu yang dia mampu ucapkan. Diddy mengerutkan dahinya. "Kalau tak nak takpe, tak paksa pun." Diddy cuba menjernihkan kembali keadaan. Dia tidak ingin Alia merasa tertekan kalau dia menyoal gadis itu tanpa henti. 'Tak mungkin dia takde kekasih hati, orang cantik takkan single." Bisik hati kecil Diddy. Kecantikan asli Alia memang dia tidak dapat nafikan. Senyumannya terukir lagi. 


* * * * *
   "Shah, terima kasih sebab mengajak lunch tadi." Tiara membuka bicara. Shah yang baru membuka pintu kereta lantas melemparkan senyuman. "Welcome, lain kali kita keluar lagi okey? Lain kali juga aku nak buat yang special untuk kamu." Shah membalas. Tiara tersenyum. Dalam hati dia begitu angkuh. Ingin dia memiliki Shah dan harta lelaki itu. 'Nampaknya masa depan aku semakin cerah. Hurm, harta Razif sudahpun menjadi milik aku, dan tidak lama lagi, seluruh harta Shah juga akan menjadi milikku.' Bisik hati kecil Tiara. Bertapa gembarinya dia kerana dapat memiliki kedua-dua harta yang diinginkannya. 'Dan Sherina akan aku singkirkan dengan segera, dia harus segera keluar dari rumah itu. Cuma dia yang menjadi penghalang rancanganku dan mama.' Senyumannya memanjang. Bertapa senang dia ingin mendapatkan semua itu. 

Shah memulakan pemanduannya. Tiara di sebelah pula mendiamkan diri. Dalam fikirannya hanya wang ringgit yang tidak terbayang  nilainya. Begitu banyak yang akan dia dapatkan daripada kedua-dua buah keluarga kaya itu. "Tiara, kalau boleh ... aku ingin awak bekerja di syarikat aku. Aku mengharap sangat-sangat dapat bertemu dengan awak setiap waktu. Aku tidak ingin kita berjauhan." Shah memberikan cadangannya. Tiara tergamam. Shah menawarkannya kerja di syarikat miliknya kepada Tiara. Shah dipandang dengan senang hati. "Serius?" Soal Tiara sepatah. Shah tergelak kecil. "Takkan aku nak tipu. Nak buat apa aku tipu, kan?" Shah meneruskan pemanduannya. 'Yes! Nampaknya, semakin senang aku nak mendapatkan Shah. Inilah saatnya aku mengambil kesempatan.' Bisik hati kecilnya lagi.

"Erk ... aku tak pandai sangat nak kendalikan hal syarikat." Tiara cuba jual mahal. Shah lantas mencapai tangan Tiara lalu digenggamnya. "Awak percayakan aku kan?" Soal Shah. Tiara hanya mengangguk. "Pasal hal syarikat tu, awak jangan risau, aku boleh tolong okey. Awak nak kan terima tawaran aku tu?" Shah bersuara lagi. Tiara hanya mengangguk lagi. "Macam tulah ..." Shah lantas mencium tangan Tiara. Tiara tersenyum. Sikap romantik Shah membuat dia bertambah gembira. Shah meneruskan pemanduan dengan tangan kanan Tiara dalam genggaman tangan kirinya. "Awak ada adik-beradik yang lain, kan?" Soal Shah. Tiara benar-benar terkejut. Shah dipandangnya tajam. "Siapa adik-beradik awak?" Tambah Shah lagi. Tiara mendiamkan diri. 'Jangan sampai Shah tahu pasal Sherina. Kalau dia tahu, boleh gagal rancangan aku ingin memiliki hartanya!' Tiara mulai resah. Shah dipandangnya lagi.


Bersambung ...

0 Comments to “Kaulah Cintaku - Episode 08”

Post a Comment

Terima kasih bnyak2 sebab sudi tinggalkan komen ... hanya komen yang bernas, tidak mengugut, tidak mengutuk sahaja yang diterima!

Harap maklum ...